MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN NESRAC KE 15 TAHUN 2024

            Mesyuarat Agung Dwi Tahunan NESRAC telah diadakan pada 09 Jun 2024 Jam 1430 bertempat di Balai Raya Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban. Seramai 37 Ahli NESRAC telah hadir pada Mesyuarat Agung kali ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.
              Pada Mesyuarat kali ini pemilihan Ahli Jawatankuasa NESRAC Sesi 2024 hingga 2026 telah dilaksanakan. Ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada AJK Sesi 2022 – 2024 diatas komitmen, Usaha dan Kerjasama bagi memajukan lagi NESRAC. Sekalong TAHNIH pula diucapkan kepada AJK Sesi 2024 – 2026. Semoga Tuan/Puan akan melaksanakan Tugas dan Tanggungjawab dengan lebih baik untuk membawa nama NESRAC lebih Gah. Insyaa Allah.