Seremban – 4 Januari 2023 – Pasukan CDA COMM NESRAC telah diberikan kepercayaan oleh APM NS untuk berkerjasama semasa Majlis Perasmian NesCom. Menteri Besar NS Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun telah melaksanakan perasmian tersebut. Pasukan CDA COMM NESRAC telah diberikan tugas Simulasi Komunikasi Bencana dimana Pasukan CDA COMM NESRAC telah diaturgerakkan ke kawasan bencanadan memberikan bantuan komunikasi kepada APM NS. Seramai 15 orang Anggota CDA COMM NESRAC telah terlibat dalam Program tersebut.